13 October 2014

SELEPAS IZARA AISHAH AKUI BERCINTA - ADIB KHALID KINI CEO TUNE STUDIOS



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!

Demikianlah halnya dengan anak Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa (Datuk K) yang juga anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid yang mendapat dua berita istimewa.

Pertama ialah pengakuan Izara Aishah yang mengakui pada media bahawa hubungannya dengan Adib lebih daripada kawan biasa, atau lebih tepatnya mereka kini bercinta, kedua pula (pada Jumaat) Adib telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Tune Studios/Tune Records.

Klik gambar untuk size besar




"Di awal perhubungan saya akui kami hanya berkawan. Itu yang saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita. Dan bila kami sudah bersama atau lebih tepat bercinta, tidak ada apa yang perlu saya sorokkan. Tapi tidak bermakna saya perlu bercerita satu dunia akan hal tersebut. Bila saya sudah berterus terang, harapnya tidak ada lagi spekulasi yang timbul," demikian pengakuan izara.

Berbalik pada perlantikan sebagai CEO, sebelum Adib, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records telah disandang oleh Allahyarham Jeremy Ahmad Maikel.

Jeremy, 31, yang memegang jawatan tersebut sejak 2012 telah meninggal dunia pada 9 April lalu di Mekah, Arab Saudi semasa mengerjakan Umrah.



Apa yang menarik, Adib kini bukan sekadar CEO, tetapi dia juga merupakan pemegang saham syarikat kumpulan Tune.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua di Tune Group terutamanya Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes di atas kepercayaan diberikan kepada saya untuk memikul tanggungjawab dan mengalu-alukan kedatangan saya ke dalam keluarga Tune.

"Saya tidak sabar untuk memberikan peminat di rantau ini hiburan muzik terbaik," ujar Adib dipetik sebagai berkata.



Selain syarikat rakaman, Tune juga mempuyai rangkaian hotel seluruh negara yang mana ia merupakan anak syarikat kepada AirAsia Berhad milik Kamarudin dan Tony Fernandes.

Dalam pada itu, Adib dalam kenyataan sama berjanji akan berusaha dalam memberikan perkhidmatan terbaik dengan menghidangkan muzik terbaik kepada peminat di seluruh rantau Asia.

Bersama Sultan Johor 


Tune Studios/Tune Records adalah studio rakaman terbesar di Malaysia menyediakan peralatan rakaman audio dan produksi dengan lebih 10 bilik studio yang terletak di Klang, Selangor.

Selain kerja-kerja rakaman, ia juga menyediakan kelas pendidikan dan latihan muzik yang terbuka kepada orang ramai dan pemain dalam industri seni.

Pihak Tune yang dihubungi media akan membuat kenyataan rasmi berhubung pelantikan Adib dalam masa terdekat.

Adib sebelum ini mempunyai syarikat rakamannya sendiri iaitu What's Up Entertainment yang bertanggungjawab menerbitkan album Inggeris Siti Nurhaliza berjudul All Your Love.

Izara akui Adib adalah kekasihnya








         ________________________




No comments: