25 November 2014

6 GAMBAR - MUNIFF ISA & MAS MUHARNI NIKAH AHAD INI DI KEDAH



Masing-masing adalah pelakon berbakat dan jodoh mereka dipertemukan melalui set penggambaran 'Embun Mutiara' yang pernah disiarkan oleh TV3. Mereka bertunang pada 15 Oktober lalu setelah lima tahun bercinta.

Ahad ini adalah tarikh pernikahan mereka iaitu Muniff Isa dan Mas Muharni. Kad kahwin juga telah diserahkan pada media di mana majlis perkahwinan akan berlangsung di Batik Homestay, Sungai Petani, Kedah.

Untuk info, Mas Muharni telah diketengahkan oleh Profesor Dr Hatta Azad Khan menerusi filem Wayang pada 2008.

Klik gambar untuk size besar




"Konsep kahwin saya biasa-biasa saja. Pendek kata ringkas dan sederhana. Janji lepas yang wajib. Kami sepakat mengadakan di situ kerana memudahkan sanak saudara saya datang dan menginap di situ.

"Persiapan kahwin pun boleh dikatakan hampir siap dan hanya menunggu hari majlis saja. Kebanyakan persiapan saya buat sendiri termasuklah cenderahati untuk tetamu selain mencari baju untuk digayakan di hari bersejarah nanti.

"Cuma tanpa disangka ketika saya dan bakal suami menghadiri karnival perkahwinan di Sungai Petani ada pula pihak yang bermurah hati nak menaja pelamin. Pelamin saya akan ditaja Armie Bridal Couture yang beroperasi di Jitra," ujar Mas dipetik sebagai berkata.













         ________________________




No comments: