24 November 2014

GEGAR VAGANZA - HASNOL PESERTA PERTAMA TERSINGKIR KERANA DEMAM



Malang bagi penyanyi evergreen era 90an, Hasnol apabila beliau menjadi peserta pertama meninggalkan pentas Gegar Vaganza pada minggu kedua bertemakan 'Idola' yang disiarkan oleh Astro Ria, Prima dan Mustika HD semalam.

Malah persaingan malam itu telah membuat dua peserta iaitu Hasnol dan Sam Innuendo berada dikedudukan terendah. Gambar Hasnol kemudian terpapar di skrin gergasi sebagai peserta yang terpaksa menamatkan perjuangan pada minggu kedua program tersebut.

"Nombor satu, malam ni saya demam. Nombor duanya saya batuk. Nombor tiganya selsema teruk. Tapi Alhamdulillah semuanya lepas dan saya berterima kasih kepada pihak produksi Gegar Vaganza dan juga Astro serta kesemua juri," ujar Hasnol atau nama sebenarnya Hasnol Rahmat dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Untuk makluman, Hasnol telah memilih untuk menyanyikan lagu idolanya, Chakra Khan berjudul 'Harus Terpisah'.

Dengan penyingkiran penyanyi itu, maka minggu hadapan, hanya tinggal 11 peserta lagi yang bakal bersaing untuk merebut gelaran juara.




HUZZ pecah rahsia Astro? - klik untuk baca  





         ________________________




No comments: