24 November 2014

SELAMAT BERTUNANG - HAZIQ AF4 NIKAH SEPTEMBER 2015



"When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible," demikian kata bekas bintang Akademi Fantasia Musim 4, Hazwan Haziq Rosebi, 26.

Untuk info, Haziq selamat bertunang dengan Maisarah Mohd Sidki, 26, di kediaman keluarga perempuan di Setiawangsa, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.15 petang semalam.

Meskipun serba sederhana, namun majlis pertunangan itu tetap meriah apabila rumah Maisarah dihiasi dengan latar belakang menarik yang serba lembut.





Kedatangan rombongan ahli keluarga dan rakan-rakan Haziq seramai 70 orang itu juga telah disambut penuh mesra oleh ahli keluarga Maisarah. Rombongan Haziq dilihat membawa 5 dulang hantaran berbalas 7 daripada keluarga Maisarah.

Haziq diwakili bapa saudaranya, Haji Mohd Masro Ibrahim yang juga abang kepada arwah bapa Haziq, Rosebi Ibrahim, manakala pihak Maisarah diwakili bapa saudaranya, Mohd Nasir Salleh.

Klik gambar untuk size besar


Majlis pertunangan tersebut dimulakan sekitar jam 3,30 petang di mana ibu Haziq, Puan Aini Mamat kemudian menyarungkan sebentuk cincin emas bertatah berlian di jari manis Maisarah. Selanjutnya, keluarga Haziq dengan Maisarah bersetuju untuk mengikat tali pertunangan itu selama 10 bulan.

"Saya percaya Haziq mampu menjaga diri saya dengan baik serta mampu menjadi seorang bakal suami yang bertanggungjawab," ujar Maisarah dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di majlis tersebut.

Tahniah!







         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...