Dalam kesibukan kerjayanya sebagai pengacara, Jimmy Shanley dalam diam sebenarnya sempat menyambung pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Rahsianya itu terbongkar baru-baru ini apabila dia hadir ke Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-81 dan menerima Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)daripada Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub.

Apa yang menarik, Jimmy dikatakan akan turut menyambung pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah yang mengambil masa 4 tahun.
Tahniah diucapkan buat Jimmy!

________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment