22 November 2014

EKORAN KES DADAH EZAD LAZIM : "I LOVE YOU SO MUCH" - ISTERI



Ekoran perintah tahanan reman ke atas bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim oleh Majistret Nurul Izzah Hassan Basri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah yang berlangsung di Mahkamah Majistret kelmarin, isteri Ezad iaitu Nor Azeana Ramli merupakan insan paling sedih melihat suaminya diserbu media.

Malah dalam suasana riuh itu, Nor Azeana sempat berkali-kali mengungkap perkataan 'I love you so much' (Saya sangat cintakan awak) sebaik melihat Ezad tiba di Mahkamah.

Dia juga dilihat amat setia menunggu suaminya selama lebih satu jam (sejak pukul 9 pagi). Selain ungkapan i love you, dia juga menjeritkan ungkapan 'Take Care B' (Jaga diri B) kepada Ezad sebaik selesai perintah tahanan remannya.





Untuk info, Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohamad Lazim, 35, direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung tuduhan memiliki dadah jenis syabu di pekarangan tempat letak kereta kompleks beli-belah Selayang, Selangor.

Dalam kes itu, dia didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram.





         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...