Bila Pitbull menyatakan kesediaannya berduet dengan Dato’ AC Mizal, mungkin ramai yang kurang yakin dengan kebenarannya. Namun itulah hakikatnya apabila impian penyanyi dan pengacara tersebut untuk berduet dengan idolanya iaitu Pitbull hampir menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, rapper antarabangsa itu yang sudah memberikan respon kepada Sony Music terhadap jemputan daripada AC Mizal memberi satu syarat. AC Mizal harus mencapai sasaran satu juta muat turun untuk single terbarunya bersama Bintang Indonesia Luna Maya iaitu Paranoid.
"Saya teruja apabila dimaklum Sony Music Malaysia mengenai Pitbull sudah tahu tentang hasrat saya yang mahu berkolaborasi dengannya.
Klik gambar untuk size besar

"Namun, Pibtull berikan syaratnya kepada saya sebelum bersetuju untuk berkolaborasi iaitu saya perlu penuhi syarat yang diberikan iaitu single saya Paranoid perlu mencecah 1 juta download,” katanya kepada media selepas majlis perlantikannya sebagai duta produk perlansingan, L'Rose, kelmarin di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Meskipun syarat itu agak berat, namun AC Mizal yakin Paranoid mampu mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini kerana, dia dan Luna bakal melancarkan single tersebut di Indonesia.
"Setakat ini Alhamdulillah, sambutan lagu Paranoid sangat baik. Saya difahamkan sekarang ini sudah mencecah ratusan ribu (download). Saya yakin sebelum hujung tahun ini saya dapat capai 1 juta dowlnoad.

"Lagipun pada penghujung November ini saya akan ke Indonesia untuk mempromosikan lagu tersebut. Saya kira ini peluang baik kerana dengan kolaborasi saya bersama Luna Maya, penerimaan peminat di sana terhadap lagu itu lebih mudah.
"Jika sambutannya baik ia tak mustahil untuk saya meraih lagi beberapa ratusan ribu download lagi sekaligus saya boleh memenuhi syarat dari Pitbull,” tambahnya yang menjangka impiannya itu akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2015.
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment