05 November 2014

NYARIS DIBULI PEMANDU TEKSI - 'ANAK BUAH' SELAMATKAN FIZA HALIM



Kalau nak dikira, memang terdapat segelintir pemandu teksi kita yang bersikap kurang ajar, memandu laju, dan gemar mengejar keuntungan semata-mata. Sikap mereka ini bukan sahaja mencemarkan reputasi pemandu teksi lain yang mencari rezeki secara jujur, malah ia turut mencemarkan imej negara.

Dalam hal ini, pelakon Fiza Halim tidak ketinggalan mengalami detik ngeri apabila nyaris dibuli pemandu teksi kepala angin di lebuhraya Selayang-Kepong, berdekatan Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Cerita isteri kepada Adam AF itu, semasa dia melalui jalan tersebut bersama seorang anak saudaranya, tiba-tiba muncul sebuah teksi yang berhenti secara mengejut sekaligus menghalang kereta dipandunya.

Teksi pembuli - Klik gambar untuk size besar




"Seorang pemandu teksi berlaku kurang ajar ditengah jalan, sudahlah membawa teksi seperti orang gila, selepas itu dia boleh halang kereta saya dengan berhenti secara tiba-tiba.

"Kalau ada lori datang daripada belakang memang kena langar jawabnya kereta saya. Pemandu teksi itu kemudian keluar dan marah-marah, dia fikir saya seorang sahaja dalam kereta itu.

Kereta yang dipandu Fiza Halim


"Nasib baik ada anak buah saya yang berbadan besar keluar untuk selesaikan perkara itu, terus dia kecut perut," ujar Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, dipetik sebagai berkata melalui IGnya.

"Tolonglah jangan jadi pembuli jalan raya terutamanya kepada kaum wanita. Saya akan laporkan perkara ini ke pihak yang berwajib.



"Disebabkan seorang pemandu teksi berperangai sebegini akan menyebabkan orang beri persepsi buruk kepada semua pemandu teksi lain," tambahnya yang masih kurang pasti sama ada pemandu teksi terbabit warga tempatan atau warga asing.

Hingga kini, dia masih tertanya-tanya apakah kesalahannya sehingga terjadinya insiden sedemikian. Malah katanya disebabkan perangai seorang pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab itu, ia telah memberi persepsi buruk terhadap perkhidmatan pemandu teksi lain.



         ________________________




No comments: