19 November 2014

BERKENALAN MELALUI FACEBOOK - HAZIQ AF4 & MAISARAH BERTUNANG AHAD INI



Kalau dah jodoh tak ke mana. Mungkin itulah pepatah yang terbaik buat penyanyi Hazwan Haziq Rosebi atau lebih dikenali Haziq AF4 yang akan mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya Maisarah Mohd Sidki Ahad ini (23 November).

Perkenalan mereka hampir lima tahun melalui Facebook akhirnya bakal membawa mereka ke gerbang pertunangan.Cinta mereka ibarat judul lagu Najwa Latif, 'Cinta Muka Buku'. Heh.

"Ini cerita lima tahun dulu ketika saya terlihat profil Maisarah di dalam Facebook, saya pun mohon untuk jadi salah seorang kawan dalam senarai kawannya yang sedia ada.

Klik gambar untuk size besar




"Tetapi selepas itu saya pun dah terlupa pasal perkara itu sehinggalah saya perasan bahawa kawan baik saya juga antara kenalannya di dalam Facebook.

"Masa itu saya pun bertanya dengan kawan saya dan daripada situ kami sering keluar dan mulai rapat. Mungkin ia sudah menjadi rezeki dan jodoh saya agaknya. Apa pun saya bersyukur dan berharap semua akan berjalan seperti mana yang direncanakan," kata Haziq yang bersuara merdu umpama Allahyarham Dato' Ahmad Jais itu

Menyentuh mengenai pertunangannya nanti, kata Haziq: "Acara merisik baru sahaja dibuat beberapa minggu lalu dan semua perancangan berjalan dengan lancar jadi saya buat keputusan untuk bertunang dengan Maisarah pada 23 November ini.



"InsyaAllah jika tidak ada aral melintang kami bercadang untuk menamatkan zaman bujang tahun depan. Waktunya pula saya dan Maisarah memberikan masa untuk kami tetapkan tarikh yang sesuai iaitu sama ada sebelum puasa atau selepas raya.

"Biasalah perjalanan hidup ada waktu pasang surut jadi bila dah sampai masa kami akan beritahu semua. Tetapi perancangannya paling awal sebelum Ramadan atau paling lambat selepas Syawal 2015 nanti, InsyaAllah."



         ________________________




No comments: