19 November 2014

ISTERI EIZLAN YUSOF FAILKAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI



Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari!

Demikianlah juga halnya dengan rumah tangga Datuk Eizlan Yusof dan Datin Vie Santie, 28, yang sedang dalam proses penceraian. Ini kerana, Vie Santie sendiri telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

Dia memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Saat bahagia - klik gambar untuk size besar




Semalam ketika sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili Vie Santie memaklumkan pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.

"Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Syamimi kemudian memohon penangguhan perbicaraan kerana saksi yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir. Pada prosiding itu, Eizlan dan Vie Santie juga tidak hadir kerana berada di luar kawasan.

Selanjutnya, hakim kemudian menetapkan 13 Januari 2015 sebagai tarikh untuk menyambung semula perbicaraan.

Untuk rekod, Eizlan berkahwin dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Anak ketiga mereka yang lahir pada 2013 lalu




         ________________________




No comments: