19 November 2014

DIRESTUI ANAK - A RAHMAN HASSAN & FADILAH MANSOR SAH KAHWIN DISEMBER



"Alhamdulillah anak-anak semua setuju dengan perkahwinan ini malah mereka menyuruh saya mempercepatkannya kerana mereka bimbang saya seorang diri tanpa teman.

"Malah saya juga meminta nasihat daripada rakan-rakan dan mereka juga gembira dengan keputusan saya untuk melamar Fadilah," ujar Datuk A Rahman Hassan pada media semalam.

Tambahnya, dia amat bersyukur kerana keputusannya untuk berkahwin dengan Fadilah Mansor bulan depan telah direstui ketiga-tiga anaknya.





"Anak-anak yang menggalakkan saya supaya berkahwin segera dengan Fadilah kerana tidak mahu saya keseorangan," katanya.

Untuk info, Allahyarham Azizah meninggal dunia pada 26 April tahun lalu akibat kanser pangkal rahim tahap akhir. Allahyarham juga mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Mengenai perkenalannya dengan Fadilah, katanya Alhamdulillah pada usia emas dia telah dipertemukan dengan seorang wanita yang dapat menjadi teman hidup selain menerimanya dan keluarga.

"Apa yang boleh saya katakan Fadilah ada ciri-ciri yang saya mahu dan kami selesa bersama. Doakan yang baik-baik buat kami berdua," jelasnya tanpa berselindung.

Bagaimanapun A Rahman dan Fadilah masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh dan lokasi perkahwinan mereka kerana ada perkara yang perlu diselesaikan. Namun katanya, majlis itu nanti hanya akan diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga, kenalan dan rakan media.

"Saya sebenarnya terkejut apabila berita mengenai perancangan saya untuk berkahwin tersebar begitu cepat namun saya minta maaf kerana tidak dapat mendedahkan tarikh dan lokasi buat masa ini.

"Biarlah kami siapkan dahulu semua persiapan dan Insya-Allah saya akan maklumkan kemudian tarikh dan lokasi kepada pihak media tidak lama lagi," ujarnya lagi dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments: