06 November 2014

BERTUNANG SEDERHANA - CHEF RIZ & SHIKIN MAEMBONG NIKAH DISEMBER



Anak Datuk Chef Wan iaitu Chef Riz, 32, selamat bertunang dengan Shikin Maembong, 31, malam semalam dalam satu majlis serba sederhana. Majlis itu diadakan di kediaman keluarga perempuan di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Majlis yang awalnya hanya sekadar majlis merisik bertukar menjadi majlis pertunangan bagi pasangan ini.





"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dalam sebuah majlis secara sederhana sahaja, rombongan saya hanya tiga orang sahaja iaitu ayah, ibu dan nenek saya. Manakala keluarga Shikin agak ramai kerana adik beradik dia semua ada.

"Kami bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah pada Disember ini tetapi masih lagi mencari tarikh yang sesuai dan kemungkinan pada awal Disember," ujar Chef Riz dipetik sebagai berkata.



Hantaran dari pihak lelaki ialah tiga dulang berupa cincin, buah-buahan dan kek manakala bagi pihak perempuan pula tiada balasan hantaran.

Chef Riz yang sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga berkata, sebagai lelaki dia tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.



"Kalau boleh saya ingin berkahwin cepat kerana kami menjalankan perniagaan bersama dan kemana-mana pun perlu pergi berdua.

"Secara jujurnya sebagai lelaki saya memang teringin sangat untuk ada sebuah keluarga yang sempurna dan dapat anak cepat," jelasnya yang pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 sebelum bercerai pada November 2012.








         ________________________




No comments: