07 November 2014

HUBUNGAN DENGAN IZARA AISHAH - ADIB KHALID BERI TEMPOH 3 TAHUN



Tempoh tiga atau empat tahun itulah masa yang diperlukan oleh anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Adib Khalid, 24, sebelum memikirkan soal berumah tangga.

Adib yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios bagaimanapun enggan berkongsi soal hubungan rapatnya dengan Izara Aishah. Katanya, kisah hubungannya dengan aktres tersebut terlalu peribadi dan tidak perlu dikongsi dengan orang ramai.

Namun begitu, dia tidak menafikan kenyataan yang dibuat oleh Izara yang mereka sedang mengenali hati budi masing-masing sebelum pergi lebih jauh.





"Kenyataan yang Izara Aishah beri kepada media sebelum ini adalah benar dan kami memang saling mengenali.

"Cukuplah dia sahaja yang beri kenyataan bagi pihak saya kerana ia terlalu peribadi untuk diceritakan," ujar Adib atau nama sebenarnya, Muhammad Adib Khalid, 24, dipetik sebagai berkata.



"Insya-Allah saya beri tempoh tiga hingga empat tahun untuk beri perhatian sepenuhnya kepada syarikat sebelum memikirkan soal peribadi atau berumah tangga.

"Buat masa sekarang ini belum masanya, kerana banyak perancangan dan strategi yang diatur untuk syarikat ini," tambah Adib.







         ________________________




No comments: