21 November 2014

DAKWA FITNAH - AZWAN ALI SELAR PENGUTUK GAMBAR 'TUDUNG'



Akibat teruk dihentam di laman sosial kerana bertudung, Azwan Ali yang cuba menampilkan watak selebriti berhijab seperti Yuna, Fara Fauzana dan Neelofa menjelaskan wataknya itu bukan untuk mana-mana produk makanan seperti yang didakwa, tetapi ia merupakan projek peribadi.

"Kepada haters, biarkan mereka menyalak dan terus mereput. Tetapi tolong sedar dan muhasabah diri sebelum mereka semua rentung terbakar dek kerana memfitnah Azwan Ali.

"Mereka sengaja mahu memperbesarkan berita ini kerana perkara ini sedang menjadi isu semasa tetapi mereka tiada pun mengutuk aktor lelaki yang memakai tudung dalam filem baru ini dan juga menjadi sotong dalam drama yang sedang disiarkan sekarang.





"Ini semua kerja orang yang tidak takut azab api neraka sehingga sanggup fitnah serta mengaitkan politik dan Azmin Ali dalam hal ini. MB Selangor tidak mahu buang masa melayan hal ini kerana dia ada lagi banyak isu rakyat yang patut diutamakan.

"Aku pakai perempuan bertudung untuk berlakon muka aku sebiji perempuan, yang penting tak hodoh. Why bother?," ujar Azwan dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Azwan turut kesal dengan komen yang diberikan dimana kesemua tuduhan yang dibuat didakwanya tidak benar dan berunsur fitnah. Dakwanya, lebih banyak pendedahan yang menampilkan golongan lelaki berpakaian perempuan serta bertudung di dalam filem serta di kaca televisyen.

Klik gambar untuk size besar








         ________________________




No comments: