17 November 2014

6 GAMBAR : DIDAKWA INTIM DENGAN PILOT - HANEZ SURAYA TUKAR ANGIN?



Nampaknya, dakwaan Hanez Suraya sebelum ini yang dia sudah putus cinta dengan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais mungkin satu kisah benar. Ini kerana, gosip terkini yang melanda Hanez dilihat lebih menarik apabila dia dikatakan mula intim dengan jejaka lain.

Bagaimanapun, siapa gerangan jejaka itu masih rahsia kerana dia hanya dikenali sebagai 'S' sahaja dan merupakan seorang juruterbang Malaysia Airlines.

Inilah yang dikatakan patah tumbuh hilang berganti. Iyalah... artis cantik macam Hanez pastinya mudah menawan hati ramai jejaka di luar sana. Heh.





Persoalannya, mungkinkah jejaka ‘S’ ini menjadi punca perpisahan Hanez dengan Romie? Atau mungkin agaknya Hanez kini mahu bertukar angin bagi menawan semula hati masyarakat yang menjauhkan diri daripadanya?

Kita tunggu jawapan daripada Hanez!













         ________________________




No comments: