15 November 2014

ISU SAMAN RM500,000 - ZIZAN RASA TERTEKAN GARA-GARA MARINA JUKI



Saya berasa benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat saya sedang sibuk dengan pelbagai komitmen kerja yang memerlukan perhatian penuh," begitulah kata Zizan Razak mengenai saman setengah juta ringgit yang difailkan oleh Marina Juki.

Marina Juki yang juga pengarah syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd menjelaskan tuntutan itu difailkan sejak minggu lalu. Dakwanya, Zizan sudah melanggar kontrak sejak Mei lalu hingga mengakibatkan kerugian pada sumber pendapatan dan komisen syarikat itu di mana kontrak mereka hanya akan berakhir 2 Mei 2015.





"Secara ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui mengenai tindakan guaman ini ketika ia diterbitkan media pada malam kelmarin. Saya rasa sedih dan kecewa apabila individu ini (merujuk kepada Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar.

"Tindakan mereka itu tanpa memaklumkan saya atau pihak guaman saya sendiri.

"Saya serahkan segala-galanya kepada peguam untuk melakukan yang terbaik. Apapun saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak," tambah Zizan ketika dihubungi media menerusi khidmat aplikasi WhatsApp..



         ________________________




No comments: