14 November 2014

KESUNTUKAN MASA PUNCA ZAHIRIL ADZIM SOLAT DI PARKIR



Meskipun ada yang sudah tahu, namun rasanya masih ramai yang berteki-teki tentang siapakah gerangan artis yang dirakam gambar 'kandidnya' ketika sedang solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Dia adalah pelakon Zahiril Adzim yang ketika itu sedang menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta berikutan kesuntukan masa. Bagaimanapun, Zahiril menafikan tujuannya solat di situ adalah untuk menunjuk-nunjuk.

"Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.





"Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, akibat gambar yang dirakamkan oleh peminat itu, Zahiril telah didakwa seolah menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC.

Gambar yang dirakam peminat - klik untuk imej besar


"Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet sahaja.

"Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat," jelasnya.

Tak apalah Zahiril, biarlah apa orang nak kata... janji tak tinggal solat. Tak gitu?


         ________________________




No comments: