13 November 2014

DIDAKWA LANGGAR KONTRAK - ZIZAN RAZAK DISAMAN SETENGAH JUTA RINGGIT



Gara-gara didakwa melanggar kontrak pengurusan artis yang ditandatanganinya, Zizan Razak akhirnya disaman oleh bekas pengurusnya iaitu Marina Juki lebih setengah juta ringgit.

Untuk info, saman terhadap Zizan itu telah difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 6 November lalu. Marina akan diwakili peguam Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana

Ia difailkan selepas Marina dari Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan, 30, melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan dia masih mempunyai perjanjian dengan Wire Fame hingga 5 Mei 2015.





Sehubungan itu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak dituntut membayar ganti rugi khas lebih RM500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan (Zizan) daripada syarikat pengurusan lain.

Marina juga menuntut faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan dan turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru.



Selain itu, Marina turut membuat tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran kontrak tersebut termasuklah kos dan lain-lain tuntutan munasabah oleh pihak mahkamah.

Malah menurut laporan Mstar, Zizan dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi dan perkara itu membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan.

Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat meskipun Marina memegang saham sebanyak 30 peratus atas dakwaan menyeleweng wang syarikat.





         ________________________




No comments: