10 November 2014

JUARA AF 2014 - FIRMAN RAIH RM50,000 & KERETA VIOS



Seperti yang dijangka, peserta yang berasal dari Sabah, iaitu Firman, 25, akhirnya berjaya merangkul kejuaraan program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),Selangor, semalam.

Firman atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah Toyota Vios TRD Sportivo, pakej percutian ke Osaka, Jepun berserta trofi sumbangan Astro.

Pada pertandingan akhir itu, Firman telah menyanyikan lagu berjudul Kejoraku Bersatu nyanyian Amy Search dan sebuah lagu baharu, Di Pintumu ciptaan Datuk M.Nasir.

Klik gambar untuk size besar




Sementara bagi naib juara pula, ia jatuh kepada Aman atau nama sebenarnya Mohd Razman Abdul Aziz, 21, yang berasal dari Melaka. Dia membawa pulang hadiah RM30,000, sebuah Perodua Myvi, pakej percutian ke Osaka, Jepun dan trofi.

Bagi tempat ketiga pula ia dimenangi oleh Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail, 22 dan membawa pulang wang tunai RM20,000, percutian ke Osaka Jepun serta trofi.

Manakala tempat keempat dan kelima dimenangi oleh jatuh kepada Nuha dan Adel di mana masing-masing menerima RM15,000 dan RM10,000 berserta percutian ke Osaka Jepun dan trofi.

Konsert kemudian bertambah meriah apabila Nuha dipilih memenangi anugerah khas yang meraih wang tunai RM10,000 daripada D'Herbs. Nuha dikatakan dipilih kerana menjadi pelajar paling banyak menunjukkan perubahan sepanjang 10 minggu AF 2014 bersiaran.







         ________________________




No comments: