11 November 2014

GAGAL BINCANG - RAJA AZMI & EDDIE BAKAL BERCERAI HARI INI



Tiada siapa yang inginkan penceraian. Namun jika itu sudah suratan takdir, ia terpaksa diterima dengan hati terbuka demi kebaikan kedua-dua pihak.

Demikian jugalah dengan kontroversi rumah tangga produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, dengan Mohd Eddie Ghazali, 46, yang telah mengambil keputusan untuk bercerai.

Ini kerana, Raja Azmi telah pun memfailkan perceraiannya dengan Eddie di Mahkamah Syariah Hulu Kelang, Selangor dan mereka bakal melakukan lafaz cerai di mahkamah tersebut hari ini.





"Susah untuk saya menjelaskan apa-apa buat masa ini. Kerana saya perlu jaga hati banyak pihak. Saya tidak mahu nanti, kenyataan saya akan melukakan pihak-pihak tertentu.

"Macam inilah. Apa-apapun, tunggu sajalah petang nanti. Tunggu sehingga proses perceraian saya selesai, kemudian barulah saya boleh memberikan komen," ujar Raja Azmi dipetik sebagai berkata.

Tambah penerbit itu, sebelum ini dia sudah berusaha selama beberapa bulan untuk menyelamatkan rumah tangganya tetapi akhirnya terpaksa akur bahawa perceraian adalah satu-satunya jalan terbaik buat mereka.



Untuk makluman, krisis rumah tangga Raja Azmi dengan Eddie tercetus apabila mereka berselisih faham akibat Raja Azmi keluar rumah tanpa meminta izin suaminya.

Meskipun dia mengaku bersalah, namun Raja Azmi tidak dapat menerima cara teguran Eddie yang dianggapnya sebagai sedikit keterlaluan dan melukai hati kecilnya sebagai wanita.

Selanjutnya, Raja Azmi dan Eddie telah berpisah rumah sejak hujung bulan Ogos yang lalu sehinggalah ke saat ini. Perbincangan demi perbincangan telah dilakukan untuk memulihkan rumahtangga mereka, namun semuanya gagal belaka.





         ________________________




No comments: