11 November 2014

TAHNIAH - MAS ANIZAN LAHIRKAN ANAK KETIGA



Nampaknya, tahun 2014 adalah tahun artis kita hamil dan melahirkan anak. Selepas Rozita Che Wan, Amyza Aznan dan Fasha Sandha, baru-baru ini giliran pelakon popular era 90-an, Mas Anizan pula selamat melahirkan anak perempuan di Hospital Prince Court.

Difahamkan, anak yang baru dilahirkan itu ialah hasil perkongsian hidup Mas Anizan menerusi perkahwinan keduanya. Siapa gerangan suami keduanya itu, ia masih lagi rahsia meskipun ramai sudah mengetahui identiti lelaki berkenaan di alam maya.

Klik gambar untuk size besar




Sebagai info, anak terbaru Mas Anizan telah diberi nama Putri Ariana Merissa. Apa yang menarik, Mas Anizan turut berkongsi gambar bayinya itu di laman Facebook.

"Tiada apa yang perlu disorokkan kerana sebelum ini ada media yang bertanya mengenai hal ini (perkahwinan) dan saya tidak pernah menafikan hal tersebut.

“Cuma saya rasa tidak ada apa yang perlu dihebohkan memandangkan saya sudah tidak bergiat aktif dalam bidang seni,' ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media ketika hamil.



Mas Anizan juga mengakui tidak berahsia tentang bayi tersebut yang merupakan cahayamata pertama hasil perkongsian hidupnya dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kuala Lumpur.

"Syukur Alhamdulillah, saya dijodohkan Allah dengan seorang insan yang sangat memahami dan menyayangi saya serta anak-anak.

"Sekarang, saya sangat bahagia di samping suami dan anak-anak. Paling gembira apabila saya melihat kemesraan dan keserasian anak-anak bersama ayah baru mereka," tambahnya.



Untuk rekod, Mas Anizan sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 1993, namun suaminya itu meninggal dunia pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak bernama Mas Aliza, 19 tahun, dan Mohd Masli Danial, 14 tahun.

Tahniah diucapkan buat Mas Anizan atas kelahiran bayi terbarunya itu!





         ________________________




No comments: