07 November 2014

LIGA LAWAK SUPERSTAR AKHIR - SIAPA LAYAK JADI JUARA?



Pasukan manakah yang layak digelar juara dalam pentas akhir Liga Lawak Superstar musim 2 kali ini? Ini kerana, Kami Tuan Rumah dan Melodrama, masing-masing harus berentap lagi bagi menentukan kehebatan pada pusingan pertama pentas akhir.

"Pada mulanya kami bersetuju bahawa hanya dua pasukan sahaja layak dibawa ke pentas akhir, namun disebabkan markah Melodrama dan Kami Tuan Rumah yang serupa... maka kami membenarkan dua pasukan ini menentukan nasib mereka di pusingan pertama di pentas akhir 9 November ini," kata Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri.

"Kami ingin melihat pasukan Kami Tuan Rumah dan Melodrama diberikan peluang yang adil untuk membuktikan bakat mereka untuk berjenaka sebelum meneruskan persaingan seterusnya dengan pasukan Muka Cari Makan pada malam tersebut," tambah Siti lagi





Seandainya Kami Tuan Rumah dan Melodrama berjaya mencuri tumpuan undian juri awam dan juri profesional, mereka akan bersemuka pula dengan kumpulan Muka Cari Makan yang telah layak lebih awal.

Apa yang pasti, juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000. Hanya yang kreatif dan menampilkan persembahan mantap sahaja akan dinobatkan sebagai juara pada pentas akhir nanti.

Oleh itu, jangan lupa saksikan pentas akhir Liga Lawak Superstar musim 2 yang bersiaran langsung dari De Showroom, Bandar Sri Damansara pada 9 November ini, Ahad, jam 9.00 malam, di TV3.









         ________________________




No comments: