01 November 2014

SAKIT DARAH TINGGI - MAMAT KHALID TAK HADIR FFM 26



"Dia mengadu sakit dada dan meminta supaya dimasukkan ke hospital. Doktor yang memeriksanya mendapati tekanan darahnya tinggi.

"Bagaimanapun, keadaannya semakin baik tetapi masih dalam ICU. Pihak hospital sedang memantau keadaannya dalam tempoh dua hari ini sebelum membuat sebarang pemeriksaan lanjut," demikian kata isteri kepada pengarah filem, Mamat Khalid iaitu Hasnah Hassan.

Mamat Khalid dimasukkan dalam Unit Rawatan Insentif (ICU) kerana awalnya disyaki mengalami masalah jantung di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor semalam.





Tambah Hasnah, faktor keletihan kemungkinan menjadi punca kesihatan suaminya terjejas kerana pengarah itu sibuk menyiapkan penggambaran drama di Taiping, Perak selain terbabit penerbitan sebuah program realiti TV.

Sehubungan itu, Mamat Khalid tidak dapat hadir ke malam kemuncak Anugerah Festival Filem Malaysia ke-26 yang akan di adakan di Seremban, hari ini meskipun menjadi calon bagi kategori Pengarah Terbaik menerusi filem Rock Ooo...



         ________________________




No comments: