31 October 2014

IKUT SUAMI PINDAH KE KELANTAN - RAJA FARAH BANTU KEDAI RUNCIT



Bertudung sejak 2011 selepas berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria bukan punca tawaran berlakon terhadap Raja Farah Raja Aziz kian berkurang. Tetapi adakalanya dia memilih tawaran yang sesuai dengan imejnya termasuk menumpukan perhatian terhadap rumah tangga.

Untuk makluman, Farah kini sudah berpindah ke Pasir Mas, Kelantan mengikut suaminya yang bertugas sebagai jurulatih selam skuba. Mungkin sebab itulah kelibatnya jarang dilihat oleh media.

"Ikutkan saya masih aktif berlakon. Bahkan sejak tinggal di Kelantan, saya masih berulang alik ke Kuala Lumpur kalau ada tawaran berlakon yang sesuai. Memang dulu selepas kahwin, saya seakan menyepi kerana memberi tumpuan kepada rumah tangga.

Klik gambar untuk size besar




"Akibat menyepi itu mungkin orang ingat saya seperti sudah tidak mahu berlakon dan memang saya tak nafikan tawaran berlakon itu tidak banyak seperti dulu. Biasalah selalunya semuanya berbalik kepada rezeki.

"Ada sesetengah artis bertudung, tawaran masih kencang dan ada juga yang sebaliknya. Tapi saya tak kecewa atau tertekan dengan situasi ini. Ini kerana saya dengan rela hati mahu memperlahankan kerjaya seni," ujarnya dipetik sebagai berkata.



"Selama menyepi dan jika tiada tawaran berlakon, saya berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Saya pernah muncul dengan jubah sendiri tapi sejak saya ke Kelantan, perniagaan itu tergendala sekejap.

"Insya-Allah kalau tak ada apa-apa saya akan aktifkan balik perniagaan itu. Macam bulan pertama di Kelantan itu, saya tidak terasa bosan sangat. Masuk bulan kedua, saya perlu melakukan sesuatu almaklumlah sudah biasa bekerja," tambahnya yang kini turut membantu ibu mentua menguruskan perniagaan kedai runcit di Kelantan.

"Saya bantu dalam menguruskan akaun di kedai. Baru-baru ini saya ada berjinak-jinak dalam membuat roti, biskut dan makaron. Kek itu boleh pandai lagi. Tapi ada juga yang pernah membuat tempahan kek hari jadi daripada saya," katanya.

Antara produk yang dihasilkan Farah






         ________________________




No comments: