01 December 2014

3 GAMBAR - DALAM GEMBIRA TIMANG BABY, JOHAN & OZLYNN TURUT BERSEDIH



Meskipun mengakui gembira dengan kelahiran cahaya mata perempuan lima hari lalu, namun Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlynn sebenarnya turut bersedih kerana kehilangan 'nenda' tersayang yang kembali kerahmatullah.

"Assalammualaikum semua.. pertama sekali saya nak ucapkan alhamdulillah dan syukur pada Allah SWT kerana telah mempermudahkan segala-galanya. Isteri saya telah pun selamat melahirkan puteri sulung dan merupakan anak ke empat kami pada 25hb November dengan berat 4.11kg.

Klik gambar untuk size besar




"Seperti biasa saya tak pernah kongsikan wajah penuh anak-anak saya. Rezeki memang kalau dapat jumpa depan-depan.. dapat la tatap wajah anak-anak saya. Maaf jika ada yang tak terreply, wassap atau text dengan kata-kata tahniah.

"Saya perlu beri isteri saya ruang untuk berehat memandangkan ketika menyambut berita gembira kelahiran, kami juga diuji dgn berita yang sedih. Nenda kesayangan kami telah kembali kerahmatullah dan selamat dikebumikan semalam. Harap semua memahami situasi kami sekeluarga.. terima kasih atas doa dari kalian. Moga Allah melindungi kita semua dunia akhirat amin," demikian kata Johan melalui IGnya.

Tahniah kami diucapkan atas kelahiran baby baru itu dan takziah atas kehilangan nenda tersayang. Harap mereka terus tabah.







         ________________________




No comments: