07 December 2014

33 GAMBAR - SHIKIN MAEMBONG KINI SAH ISTERI CHEF RIZ



Tahniah diucapkan buat Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, kerana telah selamat bergelar suami kepada Shikin Maembong yang merupakan kakak kepada Emma Maembong pada malam Jumaat.

Di majlis tersebut, Chef Riz dan Shikin kelihatan bergaya mengenakan busana berwarna putih.

Menurut bapa pengantin lelaki iaitu Chef Wan, dia tidak tahu hadiah apa yang mahu diberikan kepada anak lelaki dan menantunya itu.

Klik gambar untuk size besar




Ini kerana, meskipun pernah bertanya kepada Shikin, sama ada mereka memerlukan wang untuk mengadakan majlis pernikahan tersebut, namun mereka menolaknya kerana mahu mengadakan majlis tersebut secara ringkas.

"Saya kata, sudah tentu kerana apa yeng penting, akad nikah adalah satu upacara yang dilakukan untuk menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah dan halal dalam kontek Islam," ujar Chef Wan.

Tambah Chef Wan, persiapan untuk majlis pernikahan itu juga telah dilakukan oleh Chef Riz dan Shikin sendiri.



"Saya rasa mereka telah melakukan tugas yang baik untuk mengadakan majlis Akad Nikah itu," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, majlis nikah itu telah dihadiri kira-kira 200 orang tetamu iaitu keluarga pihak lelaki dan perempuan serta sahabat handai terdekat.

Sebelum itu, mereka telah menjalinkan hubungan cinta sejak 2 tahun yang lalu. Chef Riz sebelum ini pernah berkahwin dengan Ana Dahlia pada 11 Disember 2011, tapi perkahwinan tersebut berakhir tidak sampai setahun.

































































         ________________________




No comments: