Datuk Siti Nurhaliza, 35, merangkul tiga anugerah termasuk Album terbaik pada Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam semalam.
Selain itu, Siti itu turut menerima anugerah Vokal Terbaik Wanita menerusi lagu Lebih Indah dan Rakaman Album Terbaik melalui Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia.
Klik gambar untuk size besar

"Ahamdullillah.. syukur dengan anugerah yang diterima. Terima kasih semuanya yang menjayakan album 'Fragment & Lentera Timur'. Menang bukanlah untnk berbangga, kalah pun tak pula berduka, yang penting semangat dan usaha memberikan yang terbaik agar industri seni tanahair terus bernyawa," demikian kata Siti melalui IGnya.
Selain Siti, 'SonaOne' yang merupakan penyanyi rap baharu telah memenangi anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi lagu 'No More'. Malah kolaborasinya bersama Joe Flizzow dalam lagu 'Apa Khabar' turut dibobat sebagai Lagu Hip Hop Terbaik.

Berikut adalah senarai penuh pemenang anugerah AIM 21:
Anugerah Sri Wirama : Datuk Ramli Sarip
Album Terbaik : Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza
Lagu Terbaik : No More - SonaOne
Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu : Akim Ahmad - Mewangi
Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu : Datuk Siti Nurhaliza - Lebih Indah
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara : Salahkan - Hafiz Suip & Datuk Rossa
Video Muzik Terbaik : Yuna - Yuna & Zul Luey
Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu : Azhael - Hujung Waktu
Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu : Selamanya Bahagia -Nora Feat Mosyi, Alif & Putri
Lagu Pop Terbaik : Alyah - Sesal Separuh Nyawa
Lagu Hip Hop Terbaik : Joe Flizzow feat SonaOne - Apa Khabar
Lagu Rock Terbaik : Bunkface feat Amy Search - Rentak Laguku
Artis Baru Terbaik : Poova
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : SonaOne - No More
Lagu Nasyid Terbaik : Rindu Allah Sayang Allah - Iwan Syahman & Iwan Junior
Lagu Pop Etnik Terbaik : Ihab Ismail - Akar Kita Zapin
Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu : Mahligai Kayangan - Salamiah Hassan ( Aubrey Suwito)
Rakaman Album Terbaik : Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia - Datuk Siti Nurhaliza
Kulit Album Terbaik : #1 - Stacy (Wan Izhar)



________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment