06 December 2014

SAKIT PARU-PARU - ANAK NAFI LATIFF BORGIBA MENINGGAL DUNIA



"Siapalah yang mencanang cerita ayahanda saya dah meninggal dunia.. Jenuh menjawab call.. Alhamdulillah, Beliau semakin sihat.. Da potong nama.. Ondaway balik rumah ni.

"Terima kasih pada semua staf, jururawat dan Doktor (wad 26) yang bersusah payah menjaga dan merawat.. Jasa mu dikenang.. Terima kasih di atas doa yang dipohon dan perhatian yang diberikan.. Alhamdulillah.. Terima kasih semua," demikian kata anak pelakon era 60-an, Latiff Borgiba, 77.

Untuk info, Latiff awalnya memang diserang sakit paru-paru dan dimasukkan ke hospital, namun keadaannya kemudian dilaporkan stabil. Beliau dimasukkan ke hospital selepas dipujuk anaknya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Keluar hospital - klik gambar untuk size besar




"Saya sakit di bahagian paru-paru. Ia bermula dengan batuk teruk sejak sekian lama," ujar pelakon itu dipetik sebagai berkata.

Bagi yang tidak tahu, Latiff adalah pelakon berbakat besar yang masih menerima tawaran berlakon hingga kini. Watak bintang yang dilahirkan di Bangkok, Thailand (berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946) ini memang cukup berkesan dan terkenal dengan misai tebal sambil mata terjedil.

Latiff atau nama sebenarnya Abdul Latiff T K Gomu Kakah diberi nama Borgiba oleh pelakon dan pengarah terkenal zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Allahyarham S Kadarisman.



Keadaan Latiff beberapa hari lalu


Popular di era 60-an




         ________________________




No comments: