05 December 2014

SELESAI CARA BAIK - AWIE MAHU BERCERAI DENGAN ROZANA?



Mungkin berpisah!

Itulah pembayang daripada Awie mengenai kemelut rumah tangganya dengan Rozana Misbun.

"Rasanya kami berdua sudah tidak boleh bersama lagi. Selepas kes ini selesai di mahkamah, saya tidak mahu dia hadir dalam kehidupan saya lagi," ujarnya dipetik sebagai berkata.





Kata Awie lagi, dia tidak nampak masa hadapan bersama Rozana lagi selepas ini dan memberikan bayangan yang mereka bakal bercerai selepas kemelut ini selesai.

"Saya inginkan masalah ini selesai di luar mahkamah kerana kisah rumah tangga hanya timbulkan aib bukan sahaja pada saya, bahkan kepada keluarga dan anak-anak. Saya telah beri cadangan kepada pihak Rozana untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah kerana ia lebih baik untuk kedua-dua pihak, tetapi pihak Rozana menolaknya," tambah Awie yang mahu perkara itu diselesaikan diluar mahkamah tapi ditolak oleh Rozana.



Mengenai dakwaan sijil nikah selama sembilan tahun itu palsu, Awie berkata yang tindakan Rozana mengungkit perkara itu seakan mahu mengaibkan dirinya sedangkan mereka sudah berkahwin sekian lama.

"Jika sedar yang sijil nikah itu palsu, sedangkan kami telah berkahwin selama sembilan tahun dan mempunyai tiga orang anak, mengapa baru sekarang baru isu itu dibangkitkan semula, adakah mahu memalukan saya?," jelas Awie.










         ________________________




No comments: