05 December 2014

BEKAS KEKASIH HANEZ BAKAL BERCERAI DENGAN ISTERI



Bekas kekasih Hanez Suraya, iaitu Romie atau nama penuhnya Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, bakal bercerai dengan isterinya Liyana Manan pada Selasa depan.

"Ada beberapa perkara yang mahu dibincangkan dan diselesaikan secara muktamat," ujar Romie dipetik sebagai berkata.

Rubiah Jaafar peguam kepada Romie memohon penangguhan prosiding kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum permohonan cerai secara baik yang difailkan plaintif, Nur Liyana Abdul Manan diputuskan.





Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Azmi Aziz membenarkan permohonan penangguhan prosiding itu.

Menurut Rubiah di luar mahkamah, antara perkara yang akan dibincangkan adalah hak penjagaan anak dan sebagainya.



Nur Liyana yang diwakili peguamnya, Siti Noraira Mat Johar memfailkan penceraian secara baik pada 15 September lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Rumah tangga pasangan ahli perniagaan itu menjadi tumpuan ramai selepas Romie, didakwa menjalinkan hubungan dengan Hanez hingga menimbulkan kemarahan ramai pihak.




         ________________________




No comments: