05 December 2014

ELAINE DALY SELAMAT KAHWIN DENGAN JEJAKA AFRIKA



Elaine Daly akhirnya selamat disatukan dengan seorang Doktor Chiropractor iaitu Nick Boden yang juga jejaka Afrika Selatan semalam.

Nick merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki.

Majlis tersebut telah berlangsung di Restoran Ciao, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.





Ia telah dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan juga rakan selebriti iaitu Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Daphne Iking, Vanessa Chong, Melissa Indot, Naz Habibur Rahman dan tidak ketinggalan Hans Issac.

Majlis pengucapan ikat janji telah disaksikan oleh rakan terdekat, keluarga kedua belah pihak yang datang dari Melaka dan tidak ketinggalan dari Afrika Selatan.

Menurut Elaine, dia dan suami telah memilih Zimbabwe sebagai destinasi berbulan madu.



Selepas majlis perkahwinan diadakan di Kuala Lumpur, pasangan ini akan diraikan pula dalam satu majlis di tempat asal Nick Borden iaitu Johannesburg, Afrika Selatan sekitar Januari depan.

"Kami merancang untuk berbulan madu di Zimbabwe. Apapun saya bersyukur semuanya berjalan lancar. Sabtu ini akan ada majlis tertutup meraikan kami di sebuah lokasi rahsia," ujar Elaine dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Elaine dan pasangannya telah bertunang pada Julai lalu.


































         ________________________




No comments: