04 December 2014

PARU-PARU BERLUBANG - DATUK MUSTAPHA MAAROF MASIH KRITIKAL



Jika baru-baru ini seniman veteran Datuk Mustapha Maarof, 79, hanya dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan ujian, terkini keadaannya dilaporkan kritikal akibat paru-parunya rosak teruk.

Beliau kini berada di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju selepas dipindahkan dari Institut Perubatan Respiratori, Jalan Pahang, Kuala Lumpur kelmarin.

"Keadaannya sangat tidak stabil dan doktor mengklasifikasi dia masih kritikal dan memerlukan alat bantuan pernafasan 100 peratus.

klik gambar untuk size besar - foto MO




"Sebelah paru-paru sudah berlubang dan rosak teruk manakala sebelah lagi kini sudah dijangkiti kuman hanya dalam amsa seminggu," ujar anaknya Norazlynna dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

Terdahulu, Datuk Yusuf Haslam yang melawat Mustapha mengatakan keadaan rakannya itu sangat kritikal dan berdoa agar ada keajaiban berlaku.

"Melihat keadaannya, saya hanya mampu menitiskan air mata dan sangat mengharapkan keadaannya kembali stabil.

Keadaan Mustapha beberapa minggu lalu - Foto BH


"Kini dia hanya bergantung dengan alat bantuan pernafasan saja.

"Begitupun saya melihat semangatnya kuat walaupun tidak mampu berkata-kata.

"Saya sangat mengharapkan sahabat handai dan masyarakat untuk terus mendoakan kesihatan beliau.



"Kepada sahabat industri baik yang sehaluan mahupun tidak sehaluan dengannya datanglah menziarahi," kata Yusof dengan nada sedih.

Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof mula membabitkan diri dalam dunia perfileman sejak awal 1050-an.

Beliau yang juga merupakan suami kepada Allahyarham Roseyatimah dikenali dengan filem seperti Hang Tuah, Bawang Putih Bawang Merah, Seri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Ayuh kita doakan kesembuhan beliau!





Sumber: Berita Harian



         ________________________




No comments: