04 December 2014

7 TAHUN MENJANDA - FAUZIAH LATIFF KAHWIN 2015



"Insya-Allah, tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga," itulah pengakuan Fauziah Latiff, 44, selepas sekian lama menjanda.

Meskipun hampir tujuh tahun dia mengunci mulut mengenai pasangan hidup, dia akhirnya mengakui sudah mempunyai calon suami. Namun dia enggan mendedahkan siapakah gerangan lelaki bertuah itu buat masa ini.

"Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak," ujarnya ketika ditemui media pada majlis pelancaran novel Mutiara Hati Rafflesia, di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.





Tambahnya, keputusan tersebut dibuat kerana dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia memulakan kehidupan berkeluarga semula. Fauziah atau lebih mesra dipanggil Jee berkata, dia tidak terlalu memberi tumpuan tentang persiapan majlis perkahwinan tersebut kerana mahu melaksanakannya secara sederhana.

"Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja.

"Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami," tuturnya dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


Berikutan perkembangan terbaru ini, ia sekaligus menutup gosip yang berlegar pada Disember 2012, di mana Jee didakwa sudah berkahwin secara senyap dengan seorang lelaki bergelar VIP.

Untuk rekod, Fauziah sebelum ini pernah berkahwin dengan Johan Indot di London pada tahun 1997. Bagaimanapun, mereka bercerai 10 tahun kemudian.

Hasil perkahwinan terdahulu, Jee mempunyai dua anak bernama Jeffri Joaquim, 15 dan Jeremy Jay, 13.



Jee dulu-dulu




         ________________________






No comments: