03 December 2014

CIPTA NAMA DI BRITAIN - ANAK MENDIANG LOGA MAKIN HANGAT



Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!

Kata pepatah ini amat bersesuaian sekali untuk anak kepada vokalis kumpulan Alleycats, mendiang Loga, iaitu Dasha Logan yang berjaya mencipta nama di Britain.

Lebih hangat, single terbaru nyanyiannya berjudul 'Cleverly' mendapat sambutan menggalakkan di sana. Ini kerana lagu tersebut telah berjaya menduduki tangga kedua dalam carta UK Soul.





Untuk info, 'Cleverly' merupakan lagu duet yang menggandingkan Dasha bersama Paul Johnson dan ianya mendapat sambutan positif di iTunes, Spotify dan aplikasi muzik lain.

Berikutan kejayaannya itu, Dasha kini sedang merakamkan lagu baru dan kemungkinan akan mengeluarkan album dalam masa terdekat. Khabarnya, dia akan memilih label rakaman Britain, Areaboy.

DASHA LOGAN - CLEVERLY



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...