17 December 2014

'BULAN JATUH KE BAHU' BILA FAZURA LENTOK DI BAHU WAK DOYOK



Jika baru-baru ini penonton Astro yang menyaksikan Maharajalawak perasan mengenai jelingan Wak Doyok terhadap Fazura di dalam TV, terkini ramai yang makan hati apabila tersebar gambar kepala Fazura melentok manja di bahu Wak Doyok.

"Muka ada senyum..!!! Dah boleh mimpi yang indah-indah @missfazura ini malam. Ini lah yang dikatakan bulan jatuh kebahu. Dia suke orang yang kelako.. untung abang Jamil.

Klik gambar untuk size besar




"Bersama si cantik jelita lagi menawan @missfazura misai ku naik boleh dipintal. Hari tu jeling kecoh satu kapal. Hari ini dapat bersua muka aku jadi tebal.," begitulah caption Wak Doyok melalui IGnya.

Untuk makluman semua, kemesraan Wak Doyok dengan Fazura ini telah dirakamkan di sebuah pertunjukan fesyen yang berlangsung semalam. Dan bak kata Wak Doyok, memang bukan jatuh ke bahu bila mimpi jadi kenyataan. Ahak!











         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...