17 December 2014

"KES KHALWAT TELAH SELESAI" - PUTRI MARDIANA



"Semuanya telah pun selesai kerana semasa kejadian di rumah, tiada apa-apa yang berlaku di antara kami.

"Kes berkenaan juga tidak akan dibawa ke Jais atau pun mahkamah," kata Putri Mardiana, artis yang tiba-tiba menjadi hangat apabila ditangkap khalwat dengan suami orang baru-baru ini.

Putri Mardiana yang popular melalui filem Ngangkung menjelaskan, kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah syariah. Dakwanya, mereka tidak bersalah dan tidak melakukan apa-apa ketika kejadian.





"Bukti semua di tangan, tapi aku tak sampai hati nak upload , sebab bukti tu ada dp watsap gamba ibu kau yg sakit yang aku pernah jaga, aku tak sampai hati nak balas perbuatan engkau sebab aku hormat ibu engkau dan aku memang bukan jenis nak membalas balas, sbb setahun aku dengan engkau mmg aku biarkan aje engkau buat mcm2 kat aku dan aku cuba bertahan sbb aku syg kat kau , cuma aku nak cakap terima kasih dkt kau sebab temukan aku dengan orang yang paling layak hidup dengan aku sampai mati," demikian pula tulisannya yang dipetik melalui Facebook.

Untuk info, akhbar sebelum ini melaporkan bahawa Nina yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga cahaya mata diserbu oleh Jais kira-kira pukul 3.23 pagi Ahad lalu di sebuah kondominium dekat Ukay Perdana, Ampang. Dalam serbuan berdasarkan maklumat orang awam itu, mereka berdua dicekup kerana didakwa berdua-duaan.

Bagaimanapun, pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.

"Saya tidak akan panjangkan perkara itu kerana rasanya meraka sudah berpuas hati dapat memalukan saya seperti itu.

"Tiada gunanya hendak membalas dendam kerana apabila mereka letih nanti mereka akan diam sendiri," tambahnya dipetik sebagai berkata kepada MStar Online.

"Biasalah mulut orang dan saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikan daripada mereka terus bercakap perkara buruk tentang saya.

"Paling penting saya dan keluarga tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku dan ia sudah memadai," katanya.

Namun begitu, sumber Jais yang dihubungi media berkata, aktres itu hanya dibebaskan dengan jaminan dan perlu hadir ke Jais untuk siasatan sebelum kes berkenaan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.

"Bersalah atau tidak itu mahkamah yang akan tentukan malah dia sebenarnya diarahkan untuk hadir ke Jais pada hari Rabu (hari ini) untuk siasatan lanjut," kata sumber tersebut.



Sumber: Mstar Online


         ________________________




No comments: