17 December 2014

FELIXIA YEAP & HANEZ SURAYA, TRENDING CARIAN GOOGLE MALAYSIA 2014



Felixia Yeap dan Hanez Suraya semalam telah menjadi trending enjin carian Google Malaysia bagi kategori selebriti untuk tahun 2014. Mereka telah menjadi selebriti paling banyak di cari di internet tempatan disebabkan isu memeluk Islam dan skandal suami orang.

Selain itu, Google turut mengumumkan senarai teratas ‘Carian Tahunan Malaysia’ melalui carian di google.com.my tertumpu kepada berita sedih kehilangan pesawat Malaysia Airline, MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai di ruang udara Ukraine.

Sementara Piala Dunia di Brazil memberikan negara sedikit kelegaan dari tragedi berkembar tersebut. Apa yang menarik, Astro Awani menjadi sumber berita atas talian paling dicari untuk kedua-dua tragedi udara itu ekoran laporan berita secara langsung 24 jam sehari.

Klik gambar untuk size besar




Bagi trend carian untuk Orang/Individu (people), kematian ahli politik terkenal Karpal Singh pada 17 Julai dalam kemalangan jalan raya dan kematian pelawak antarabangsa Robin Williams pada 11 Ogos yang didakwa membunuh diri, menyaksikan carian orang ramai meningkat disebabkan kejadian itu.

"Carian Googla terus menjadi barometer atau pengukur budaya yang memberikan gambaran sebenar acara utama, individu terkenal dan trend terhangat yang secara kolektif telah memberikan kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia," demikian kata Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam Google Malaysia.



Tambahnya, Google merupakan tempat untuk rakyat Malaysia mendapatkan maklumat dan beliau berharap senarai yang dikumpul bagi carian Google Malaysia menggambarkan keadaan pada suatu masa, ‘zeitgeist’ atau `spirit of times’.

Berikut adalah senarai penuh trending carian Google bagi 2014:

Carian Trending Malaysia 2014

  • 1. MH370
  • 2. Piala Dunia 2014
  • 3. MH17
  • 4. Astro Awani
  • 5. Perodua Axia
  • 6. SPS
  • 7. BR1M
  • 8. Street View
  • 9. Malindo Air
  • 10. Rindu Awak 200%


  • Selebriti Malaysia Trending

  • 1. Felixia Yeap
  • 2. Hanez Suraya
  • 3. Keith Foo
  • 4. Sharifah Aini
  • 5. Erra Fazira
  • 6. Eina Azman
  • 7. Wak Doyok
  • 8. Puteri Sarah Liyana
  • 9. Tasha Shila
  • 10. Joyce Chu


  • Individu Trending 2014

  • 1. Karpal Singh
  • 2. Robin Williams
  • 3. Jennifer Lawrence
  • 4. Felixia Yeap
  • 5. Hanez Suraya
  • 6. Luna Maya
  • 7. Michael Schumacher
  • 8. Dyana Sofya
  • 9. Keith Foo
  • 10. Juan Mata


  • Carian Mobil Trending 2014

  • 1. Piala Dunia 2014
  • 2. MH370
  • 3. MH17
  • 4. iPhone 6
  • 5. Dorothy Hodgkin
  • 6. Olympic Charter
  • 7. Mary Anning
  • 8. Yasmin Ahmad
  • 9. Honinbo Shusaku
  • 10. Perodua Axia


  • Trend dan Carian Tertinggi yang lain:

    Trending Siri TV

  • 1. Rindu Awak 200%
  • 2. Ariana Rose
  • 3. Projek Memikat Suami
  • 4. Line Walker
  • 5. Temptation of Wife
  • 6. Aku Isterinya
  • 7. Doctor Stranger
  • 8. Deivamagal
  • 9. Jika Itu Takdirku
  • 10. Ruse of Engagement


  • Trending Filem

  • 1. Annabelle
  • 2. Frozen
  • 3. Interstellar
  • 4. Maleficent
  • 5. Godzilla
  • 6. The Maze Runner
  • 7. Dracula Untold
  • 8. Big Hero 6
  • 9. Lucy
  • 10. Robocop


  • Trending Filem Malaysia

  • 1. The Journey
  • 2. Abang Long Fadil
  • 3. Balistik
  • 4. Pengantin Malam
  • 5. Kami Histeria
  • 6. Sejoli
  • 7. Papadom 2
  • 8. Zombi Kilang Biskut
  • 9. Mat Tudung
  • 10. Hantu Tok Mudin


  • Trending 10 Carian Tertinggi Global 2014

  • 1. Robin Williams
  • 2. Piala Dunia
  • 3. Ebola
  • 4. Malaysia Airlines
  • 5. ALS Ice Bucket Challenge
  • 6. Flappy Bird
  • 7. Conchita Wurst
  • 8. ISIS
  • 9. Frozen
  • 10. Sochi Olympics




  •          ________________________




    No comments: