23 December 2014

DIDAKWA 'GILA GLAMER' - USTAZ KAZIM ELIAS 'BIDAS' PENGKRITIK



"Dijemput buat persembahan pun dikata gila glamer.. Apa la dunia ni, nak jadi pengomen tak habis-habis.. Kalau nak kira glamer rasanya tak payah dah nak cari glamer.. Sekarang ni pun, pi ke mana pun orang sapa saya.. Syukur..

"Pasni kalau jadi pelakon mesti dikata meroyan nak glamer.. Dunia-dunia," begitulah luahan Ustaz Kazim Elias melalui FB miliknya.

Beliau melahirkan rasa kesal itu berikutan ada pihak yang mendakwa beliau 'gila glamer' berikutan dijemput hadir untuk membuat persembahan serta menjadi salah seorang barisan pihak juri untuk program realiti berbentuk Islamik, Pencetus Ummah Musim kedua.

Klik gambar untuk size besar




Semuanya gara-gara pada mimbar separuh akhir Pencetus Ummah 2 itu, buat pertama kalinya Ustaz Kazim Elias membuat persembahan istimewa menerusi sebuah lagu berbentuk dakwah diiringi kumpulan nasyid Fauzan yang berjudul 'Dipondok Kecil'.

Persembahan tersebut bagaimanapun telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak pada Ustaz Kazim. Kritik mereka di laman sosial, Ustaz Kazim kini seolah ‘Gila Glamer’.

Status luahan Uztaz Kazim tersebut mendapat sokongan para peminatnya yang rata-rata memberi komen positif dan mengkritik tindakan pihak yang hanya pandai menghentam.


"Itulah yang salahnya kalau orang tak tau menilai. Sabor je la yob teruskan dengan dakwah yob kami suka tengok yob menyampai dakwah TERBAIK TERHIBUR," komen salah seorang peminatnya di laman FB.







         ________________________




No comments: