24 December 2014

TIDAK MAHU JADI BEBAN - PENARIKAN DIRI ILYA, TERBAIK BUAT SEPAHTU



Mungkin ramai yang menganggap faktor kesihatan merupakan punca utama penarikan diri pelawak Ilya Buang daripada kumpulan Sepahtu. Bagaimanapun menurut Ilya, dia menarik diri dan tidak bertanding dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 kerana enggan menjadi beban pada Sepahtu.

"Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

"Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan," ujar Ilya yang menganggap dia tidak dapat memberi fokus dan menyumbangkan idea untuk kumpulan tersebut.

Klik gambar untuk size besar




Untuk info, nama Ilya telah diumumkan secara rasmi menarik diri daripada kumpulan Sepahtu pada 19 Disember lalu melalui pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 oleh Jep sendiri.

"Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala tidak daoat sertai mereka. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.

"Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka," katanya yang menolak dakwaan kononnya dia mempunyai masalah dengan Jep.



Ditanya mengani kesihatannya sekarang, Ilya menjelaskannyang dia baru sahaja menjalani pembedahan kecil akibat bisol di Pusat Perubatan Pantai di Ipoh Perak. Selain itu, dia juga mempunyai penyakit kencing manis yang menyebabkan dia tidak boleh mengambil gula secara berlebihan.

"Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.

"Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas," tambahnya yang kini menetap di Ipoh, Perak dan hanya datang ke Kuala Lumpur jika ada persembahan sahaja.



Sumber: Mstar Online


         ________________________




No comments: