09 December 2014

ISU DIDAKWA 'LALOK' - AKIM AF7 HARAP PENYEBAR FITNAH BERTAUBAT



Meskipun difitnah dengan dakwaan 'lalok' di bawah pengaruh dadah dalam pertandingan separuh akhir ketiga Muzik-Muzik ke-29, namun penyanyi Akim Ahmad (Akim AF7) tetap tenang dan meminta penyebar fitnah itu agar segera bertaubat.

"Memang isu itu sangat memberi kesan kepada kerjaya saya apabila perlu berdepan dengan pengurusan saya dan beberapa pihak lain terutama ibu bapa saya.

"Ibu saya mengalir air mata apabila membaca isu ini di akhbar. Saya tidak pernah membuat atau berada dalam keadaan seperti apa yang didakwa.





"Di YouTube ada video menunjukkan apa sebenarnya yang saya buat sewaktu dibelakang pentas sebelum persembahan tempoh hari. Dakwaan itu tidak benar dan jika saya buat ertinya saya kecewakan ibu bapa saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, kemenangannya dalam kategori 'Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu' pada majlis Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21) yang berlangsung pada malam Sabtu lalu, sedikit sebanyak mengubat dukanya.



Ia juga sekaligus menepis dakwaan 'lalok'... apabila persembahannya bersama kumpulan The Majistret pada malam itu amat bertenaga. Malah menurut Akim, dia sama sekali tidak pernah membodohkan diri mengambil dadah sebelum tampil dalam mana-mana persembahan.

"Jika kemenangan pada malam ini boleh memberi persepsi positif, itu sudah membuatkan saya lebih gembira.

"Trofi sebagai satu pengiktirafan yang saya boleh banggakan. Ini satu semangat untuk saya terus berjalan dengan lebih baik lagi dalam industri ini," tegasnya.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...