09 December 2014

PENYANYI NAJWA MAHIADDIN & PEMUZIK IDRIS KOH SELAMAT BERTUNANG



Anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu penyanyi Najwa Mahiaddin atau nama sebenarnya, Najwa Muhyiddin telah selamat bertunang dengan Idris Koh Keng Hui, juga seorang ahli muzik, selepas solat Isyak, semalam.

Untuk makluman, pertunangan tersebut telah diadakan di kediaman Timbalan Perdana Menteri itu di Sri Satria, Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, keluarga Idris telah memberi tiga dulang hantaran dan dibalas lima hantaran oleh Najwa.

Klik gambar untuk size besar




Bagi yang tidak mengenali Najwa, penyanyi itu popular dengan lagu 'You've Got To Go' dan 'Seri Mersing'. Najwa juga baru-baru ini telah mula berhijab dan perkembangan terbarunya itu telah diterima baik oleh peminatnya.

Tahniah diucapkan!













         ________________________




No comments: