12 December 2014

KEMENANGAN TERKINI BALQIS DI ANUGERAH ASIAN TUTUP MULUT PENGKRITIK



Jika sebelum ini adik Puteri Balqis Azizi, 7, menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2014, terbaru dia telah memperoleh kemenangan lagi sekali apabila dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Asia di Anugerah Asian TV Award 2014 yang berlangsung di Singapura malam semalam.

Kemenangan tersebut jelas membuktikan bahawa Balqis bukan sekadar menang nasib di Anugerah Skrin 2014 lalu.





Untuk info, Balqis meraih kemenangan tersebut menerusi drama arahan pengarah Erma Fatima berjudul 'Balqis' yang disiarkan di saluran TV3.

Ia sekaligus mengenepikan lima lagi pelakon wanita Asia yang bersaing iaitu Joan Chen (Singapura), Tien Hsin (Taiwan), Kristal Tin (Hong Kong), Ruin En (Singapura) dan Ko Shun Chin (Taiwan).

Tahniah diucapkan buat adik Balqis, semoga kemenangan yang diperolehnya dapat menaikkan semangatnya untuk terus mengecapi kejayaan dalam bidang lakonan.










         ________________________




No comments: