12 December 2014

TAKZIAH - IBU AWIE KEMBALI KE RAHMATULLAH



Berita sedih buat peminat Awie apabila ibu kesayangan penyanyi dan pelakon itu kembali ke rahmatullah kira-kira jam 8 pagi tadi kerana sakit tua.

Difahamkan, Allahyarhamah Azizah Abdul Hamid, 75, meninggal dunia di kediaman Awie di Ukay Perdana.

Arwah ibunya itu dikatakan telah menetap bersama dengan Awie sejak anaknya itu mengalami krisis rumahtangga.

Jenazah akan dimandikan dan diuruskan di kediaman Awie dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras selepas solat Jumaat petang ini.

Takziah diucapkan!





GAMBAR KENANGAN - klik untuk gambar besar






         ________________________




No comments: