23 December 2014

MISI KE SYRIA - AFDLIN SHAUKI BANTU UMAT ISLAM HADAPI MUSIM SEJUK



Membantu saudara Islam bukan sekadar sokongan dan wang ringgit semata-mata. Tetapi ia disusuli tenaga dan usaha tanpa henti demi meringankan beban mereka sama ada di Palestin, Syria dan negara Islam seluruh dunia.

Demikian jugalah halnya dengan pengarah, pelakon dan penyanyi Afdlin Shauki yang akan berlepas ke Jordan dalam misi membantu masyarakat Syria pada Januari depan.

Dia akan berangkat bersama Yayasan Kubra bagi membantu penduduk negara itu yang kini dalam kesusahan terutama menghadapi musim sejuk.

Klik gambar untuk size besar




"Saya akan berangkat pada 7 Januari depan bersama Yayasan Kubra. Kita ingin memberi bantuan kepada mereka terutama yang kini berhadapan dengan musim sejuk.

"Saya sentiasa membayangkan masyarakat kita yang melalui keadaan itu, siapa yang akan membantu? Itu yang membuatkan saya terpanggil untuk membantu mereka di sana," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Ayuh kita doakan semoga Afdlin selamat pergi dan selamat kembali.











         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...