22 December 2014

ROSYAM NOR BERANG BILA ANAK DISURUH BUKA TUDUNG



Gara-gara anaknya disuruh buka tudung, penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor naik berang dengan peraturan pihak pengurusan butik permainan kanak-kanak, Hamleys Malaysia.

Semuanya bermula apabila salah seorang pekerja butik itu tidak membenarkan anaknya memakai tudung sekiranya ingin bekerja dipremis berkenaan.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan dikeluarkan butik berkenaan di Facebook semalam, pihak pengurusan dikatakan telah mengambil tindakan disiplin terhadap pekerja yang mengendalikan sesi temu duga itu.

Tambah kenyataan itu, pekerja terbabit juga tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja. Malah dia turut memberikan maklumat tidak benar kepada Nur Lisa, 17.

Klik gambar untuk size besar




"Setelah disiasat salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam.

"Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini dan pihak kami berasa amat kesal dengan insiden ini dan berharap pihak Datuk Rosyam dan anaknya menerima permohonan maaf ini," kata kenyataan yang dipetik melalui FB itu.

Klik untuk baca


Hamleys dalam kenyataan sama turut memberitahu pihaknya tidak pernah meletakkan sebarang polisi yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung sebagai salah satu syarat untuk bekerja dengan syarikat tersebut.

"Hamleys tidak mempunyai sebarang polisi yang mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab malah kami mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama," tambah kenyataan itu lagi.



Untuk info, Rosyam menerusi laman Twitter miliknta baru-baru ini tlah meluahkan rasa kecewa apabila sebuah butik Hamleys cawangan One utama, Damansara mengarahkan anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk ditawarkan bekerja di kedai alat permainan kanak-kanak itu.

"Sedih, hari ini anak saya yang baru habis SPM pergi minta kerja untuk isi masa terluang tetapi dengan syarat kena bukak tudung. Kedai Hamleys kurang ajar!," tulisnya melalui Twitter.



Sehubungan itu, Rosyam meminta pelanggan tidak lagi mengunjungi butik tersebut kerana didakwanya terlalu biadap.

Mengenai perkembangan terkini yang berkait dengan permintaan maaf butik itu, Rosyam yang dihubungi MStar Online berkata, dia menerima dengan hati terbuka permohonan maaf tersebut dan berharap kejadian serupa tidak berulang lagi.



"Sekiranya ada diskriminasi sebegitu bagaimana wanita Islam yang bertudung ingin mencari kerja? Tidak salah rasanya mengambil pekerja yang menutup aurat.

"Kelantangan saya mengenai perkara ini bukan ingin memburuk-burukkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran agar ia tidak berulang di kemudian hari," ujarnya dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments: