Tahniah diucapkan buat Mas Muharni atau nama sebenarnya Mas Normuharni Sheikhah Mohd Satar telah selamat dinikahkan dengan Muniff Isa dengan sekali lafaz pagi kelmarin.
Artikel terdahulu:
Selepas majlis nikah, majlis persandingan bagi kedua-kedua mempelai turut dilangsungkan di Batik Homestay, Sungai Petani, Kedah.
Untuk info, pihak lelaki telah menyerahkan 5 dulang hantaran berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan. Sementara mas kahwin adalah senaskhah al-Quran serta jumlah wang hantaran yang dirahsiakan.
Klik gambar untuk size besar
"Saya rasa sangat bersyukur kerana majlis tersebut berjalan lancar seperti yang diharapkan.
"Akhirnya dia sah menjadi suami saya. Tak sangka jodoh kami panjang dan berharap ia berharap hingga ke jannah. Kami mula mengenali ketika sama-sama belajar dalam jurusan Seni Persembahan di UiTM (Universiti Teknologi MARA).
"Tapi ketika itu hanya mampu memandang kerana masing-masing berpunya. Tanpa diduga selepas tamat pengajian, jodoh kuat bertaut semula. Semoga permulaan baru ini menjadi langkah pertama untuk ke fasa seterusnya," ujar Mas dipetik sebagai berkata kepada BH Online.
Tambahnya, majlis bertandang untuk sebelah pengantin lelaki akan diadakan di Perlis bulan depan selain memilih Bali, Indonesia sebagai tempat berbulan madu.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment