20 December 2014

CUBA NASIB - BEKAS SUAMI ABBY ABADI TERJUN BIDANG LAKONAN



Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Mungkin itulah yang cuba dikejar oleh bekas suami kepada Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 26, yang kini mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Ini kerana, kontroversi perkahwinan dan perceraiannya dengan Abby sedikit sebanyak membuat namanya dikenali ramai. Sehubungan itu, dia dikatakan sudah menjalani beberapa uji bakat termasuk sesi fotografi dengan media hiburan.

"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

Klik gambar untuk size besar




"Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini," katanya yang mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan.

Menurutnya lagi, niat untuk berlakon dipendam sejak berkahwin dengan Abby lagi. Malah dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu.

"Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," tambahnya.



Dakwa Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia pernah menerima tawaran berlakon daripada beberapa pihak, Bagaimanapun, ia terpaksa ditolaknya kerana ketika itu dia belum bersedia.

"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar Online.

Untuk rekod, Farhan dan Abby, 37, bernikah pada 9 Julai 2013 dan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.

Tinggal kenangan




         ________________________




No comments: