19 December 2014

BERPISAH & BERSATU - FADILAH MANSOR KINI TENANG



Kalau sudah jodoh tak ke mana!

Demikian jugalah halnya dengan Fadilah Mansor yang disahkan lafaz cerai oleh Mahkamah Rendah Syariah semalam. Lafaz cerai tersebut dibuat oleh bekas suaminya Mat London dua tahun lalu (28 September 2012)

Untuk info, mereka bernikah di Narathiwat, Thailand pada 18 Oktober 1989 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alia Farhani, 23 dan Faeesal Aswad, 20 tahun.

"Semuanya berjalan dan selesai dengan cara baik. Saya berpisah dengan baik. Bersyukur ke hadrat Ilahi. Masalah ini sudah selesai. Saya tak mahu ada perkara berbangkit. Saya rasa tenang kini," ujar Fadilah.

Klik gambar untuk size besar




Namun begitu, cinta Fadilah akhirnya berputik kembali apabila dia bertemu dengan penyanyi 60-an Datuk A Rahman Hassan dan bakal bernikah pada 25 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Dia banyak mengajar saya daripada aspek syurgawi dan duniawi. Saya ini orangnya penakut tapi dia banyak ajar saya untuk berdikari. Dia tegur saya cara baik dan saya terima. Banyak benda saya tak tahu dia tunjukkan. Saya tak pandai itu dan ini, dialah yang bantu.

"Anak saya pun menerimanya dengan baik, begitu juga dengan anaknya. Malah keluarga sebelah arwah isterinya pun saya kenal baik. Malah sepanjang perkenalan kami pun, dia tahu status saya bergelar ibu tunggal.

"Gementar juga dengan peringkat umur sekarang nak naik pelamin lagi. Ia tak pernah berada dalam kotak fikiran saya pun selama ini. Sudah jodoh. Perasaan itu jadi bercampur baur. Ada seronok... ada segan. Bercelaru jugalah," tambahnya dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments: