19 December 2014

RAYU RUJUK SEMULA : "SAYA MASIH MENYINTAI SYURA" - SUAMI



Meskipun sudah sah bercerai dengan talak satu pada September lalu, namun bekas suami Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron iaitu Mohd Fadhly Md Yassin merayu penyanyi itu agar menerima cintanya semula.

Malah dia juga bersedia untuk rujuk kembali kerana masih mempunyai perasaan sayang terhadap penyanyi itu.

"Saya berharap dia bersetuju untuk memulakan kehidupan baharu bersama tiga anak kami yang sedang membesar.

Klik gambar untuk size besar




"Sejak dari awal saya tidak pernah terfikir untuk bercerai tetapi perkara sudah berlaku dan saya sudah pun merujuk dengannya secara lisan bulan lalu.

"Tetapi nampaknya dia tetap dengan pendiriannya untuk berpisah dan saya masih berusaha untuk memenangi kembali hati dia," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar Online.

Mohd Fadhly berkata demikian ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam untuk mendapatkan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat terhadap Syura pada 10 November lalu secara lisan.



Namun dalam sidang tersebut, Syura, 28, gagal menghadirkan diri. Kes itu kemudian ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 Januari 2015 oleh Hakim Syarie Ab Malek Awang.

Terdahulu, Mohd Fadhly tanpa berselindung mendedahkan bahawa hidupnya kosong sejak bercerai dengan Syura. Malah ia juga mula memberi kesan kepada anak-anak mereka.

"Hidup saya kosong tanpa dia dan ia mula memberikan kesan kepada anak-anak kami yang sedang membesar.



"Saya tidak pernah bencikan dia malah menyintai dia namun keputusan sama ada untuk meneruskan perkahwinan ini terletak ditangannya," tambah Mohd Fadhly yang reda sekiranya Syura masih dengan keputusannya berpisah.

"Sekiranya tiada lagi jodoh diantara kami, saya akan memohon pertukaran sekolah di Johor supaya dapat membesarkan anak-anak yang kini di bawah jagaan ibu saya," tegasnya.





Sumber: mStar Online



         ________________________




No comments: