Siapa sangka selepas berjaya membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin dan dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), di Singapura baru-baru ini, Puteri Balqis telah dilamar oleh Walt Disney Asia Tenggara termasuk penerbit Amerika dan Australia.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh bapanya, Azizi Aziz, yang turut gembira dengan perkembangan baik untuk anaknya itu.
"Selain saluran Disney, kami juga disapa oleh beberapa penerbit filem dari Amerika Syarikat dan Australia dan meminta kami menghubungi mereka semula untuk perbincangan lanjut," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Klik gambar untuk size besar

Mengenai kemenangan anaknya itu dalam Asian Television Awards 2014, kata Azizi dia sendiri tidak menduga Balqis akan memenangi anugerah itu.
"Kami sendiri tidak menyangka Balqis akan memenangi trofi berkenaan kerana persaingan dalam kategori itu semuanya hebat.
"Alhamdulillah rezeki dia dapat mengharumkan nama negara dan kami sekeluarga tumpang gembira dengan kemenangan tersebut," tambahnya.
GAMBAR COMEL BALQIS:







VIDEO:
SAAT GEMILANG BALQIS DI SINGAPURA
SAAT GEMILANG BALQIS DI SINGAPURA 2
VIDEO PENGHAYATAN WATAK BALQIS DALAM LAKONAN:
WATAK 1
WATAK 2
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment